12 pelajar dan jurulatih yang berada di tebung GUa Tham Luang ketika ditemui oleh pasukan penyelam pada Sabtu lalu. foto Agensi

MOSCOW – Seramai 12 pemain bola sepak dan penolong jurulatih yang diselamatkan dari dalam gua tidak akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow atas sebab-sebab rawatan.

“Kami telah dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand bahawa kesemua mereka tidak boleh untuk berada di Moscow bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia,” kata FIFA.

FIFA telah mengundang kesemua mereka selepas berjaya diselamatkan dalam operasi empat hari selepas terperangkap dalam Gua Tham Luang, di Chiang Rai sehaj 23 Jun lalu.

Pasukan ‘Wild Boars’ itu berumur antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih mereka, 25 tahun terperangkap semasa menerokai kompleks gua berkenaan yang terletak di utara Chiang Rai.

Gua tersebut dinaiki air semasa hujan lebat. – MalaysiaGazette