Datuk Bandar New York telah memaklumkan kepada Donald Trump penduduk di bandar itu takut dengan masa depan pentadbiran bakal presiden Amerika Syarikat itu.

Perkara itu dimaklumkan ketika Bill de Blasio bertemu Trump di Trump Tower.

Blasio juga memberitahu, beliau akan melindungi pendatang asing daripada dihantar pulang.

“Rancangan Trump (penghantaran pulang migran) tidak boleh dilakukan di ‘bandar pendatang’,” katanya.

Selepas memenangi pilihan raya presiden, Trump berikrar untuk menghantar pulang atau memenjara warga asing yang memiliki rekod jenayah.

Blasio bukan satu-satunya pemimpin bandar yang menentang cadangan penghantaran pulang migran kerana pelan Trump itu turut ditolak oleh Datuk Bandar Los Angeles, San Francisco, Chicago, Boston, Philadelphia dan Washington.

Blasio berikrar untuk memadam nama-nama pekerja tanpa izin dari pangkalan data bandar untuk mengelakkan mereka daripada ditahan. – MalaysiaGazette