Richard Branson mengumumkan kelahiran semula pesawat penumpang berkelajuan supersonik dengan mendedahkan pesawat prototaip yang menjanjikan penerbangan semalam 3 jam 30 minit dari London ke New York dengan tambang pergi balik sebanyak AS$5,000.
Pengasas Virgin Group itu berkata, syarikat Spaceship milik beliau akan membantu Boom yang berpangkalan di Denver membina pesawat supersonik generasi baharu dan memperkenalkan semula perkhidmatan merentasi Lautan Atlantik selepas Concorde menghentikan perkhidmatan tersebut.
“Sejak sekian lama saya teruja mengenai inovasi aeroangkasa dan pembangunan penerbangan komersial berkejuan tinggi.
“Sebagai orang yang membuat pembaharuan dalam bidang angkasa, keputusan Virgin Galatic untuk bekerja dengan Boom adalah mudah. Kami teruja Boom mempunyai 10 pilihan kerangka pesawat udara.
“Menerusi sayap pembuatan Virgin Atlantic, Spaceship Company, kami akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan selain menyediakan sokongan untuk ujian penerbangan dan operasi sebagai sebahagian daripada cita-cita kami,” kata Branson.
Branson berkerjasama dengan Blake Scholl, seorang juruterbang dan bekas Eksekutif Amazon akan mendedahkan prototaip pesawat baru itu di hangar di Denver, Colorado.
Ketika beberapa syarikat, termasuk Boeing dan Lockheed Martin, sedang membangunkan pesawat supersonik baharu Scholl berkata, rancangannya mungkin mengatasi pasaran memandangkan ia tidak memerlukan sebarang teknologi baharu yang memerlukan kelulusan daripada pengawal selia.
Scholl berkata, penerbangan ujian akan dilakukan di selatan California dengan pelancaran penerbangan komersial pertama dirancang pada 2023.
Jika rancangan itu berjalan licin, penerbangan Boom pertama akan dilancarkan 20 tahun selepas British Airways dan Air France menghentikan perkhidmatan Concorde.
Beliau berkata, Boom akan berjaya manakala Concorde gagal kerana pembangunan teknologi dan bahan yang digunakan lebih ringan, bermakna harga tiket lebih murah.
“Enam puluh tahun selepas permulaan era jet, kita masih terbang pada kelajuan tahun 1960 an,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Boom itu.
“Pereka Concorde tidak mepunyai teknologi untuk pengembaraan supersonik pada harga yang berpatutan tetapi kami mempunyai (teknologi itu) sekarang. Pada hari ini, kami dengan bangganya mendedahkan pesawat pertama ketika kami memandang ke hadapan untuk melakukan penerbangan pertama pada lewat tahun depan,”.
Scholl berkata, harga tiket mungkin ‘sama dengan tiket kelas perniagaan’.
“Saya tidak tahu seseorang yang tidak mahu ke sana dengan masa yang diambil separuh daripada masa sebenar dan dia hanya mahu champagne percuma,” katanya.
“Tiada lagi senarai pembelian yang harus dilakukan. Terdapat pasaran yang besar dan marginnya sangat tinggi,”.
Boom akan mempunyai kapasiti antara 45 hingga 50 tempat duduk berbanding Concorde antara 92 hingga 128 tempat duduk.
Scholl menganggap permintaan penerbangan supersonik pada harga yang mampu dinikmati bernilai AS$100 bilion.
Beliau berkata, pesawat tersebut sesuai untuk 500 laluan namun pada peringkat awal pihaknya akan memberi tumpuan kepada laluan London-New York, San Francisco-Tokyo dan Los Angelas-Sydney.
Scholl enggan menyatakan berapa banyak Virgin perlu menyuntik dana ke dalam usahasama itu, tetapi menyenaraikan sedozen firma modal teroka terkemuka Lembah Silikon dan pelabur terpilih yang telah melabur.
“Saya telah memulakannya kerana saya sedih saya tidak pernah terbang dengan Concorde. Saya menunggu (untuk terbang pada kelajuan supersonik) tetapi tiada siapa yang melakukannya, oleh itu saya memutuskannya (untuk melakukannya),” kata Scholl.
“Akhirnya saya mahu masyarakat boleh berada di mana sahaja di dunia ini dalam masa lima jam pada harga (tiket) AS$100. Untuk sampai di sana anda perlu membaiki keberkesanan penggunaan bahan bakar tetapi pengembaraan udara supersonik peringkat demi peringkat akan membolehkan setiap orang mampu menikmatinya.
“Ini adalah pengembaraan udara sepersonik penumpang, ia bukan karut dan ia sebenarkan mampu dinikmati,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast