DATUK SHAHRUM YUB

Bekas Ketua Pengarah Muzium Datuk Shahrum Yub meninggal dunia di kediamannya di Bukit Bandaraya di sini hari ini kerana sakit tua.

Jabatan Muzium dalam satu kenyataan berkata Shahrum, 82, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Muzium selama 23 tahun dari 1968 hingga 1991, meninggal dunia pada 1.30 tengah hari.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar.

Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Mohd Azmi Mohd Yusoff ketika dihubungi Bernama menyifatkan pemergian Allahyarham Shahrum sebagai kehilangan besar buat negara.

“Allahyarham seorang yang peramah dan berdedikasi serta mudah mesra dengan pekerja-pekerjanya.

“Kami anggap Allahyarham sebagai ikon muzium selain banyak pameran besar pernah diadakannya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Maureen Shakesby serta tiga orang anak dan lima orang cucu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast