Selepas membantah Himpunan BERSIH 5, Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos sekali membuat kejutan dengan memakai tuala dan berus gigi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
Gimik itu dilakukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sebagai protes kepada kerajaan negeri ekoran isu krisis bekalan air yang tidak selesai.
“Saya cukup kecewa. Air di rumah sudah empat hari tidak ada. Semalam tidak mandi. Hari ini datang SUK mahu mandi di Pejabat MB Selangor tidka dibenarkan pula.
“Apa hendak jadi dengan kerajaan cacar marba ini. Air sudah berhari-hari tidak ada,” katanya.
Semalam, Jamal telah menghantar status di media sosial yang beliau tidak mandi kerana tidak ada air di rumah dan pergi kerja tanpa mandi.–MalaysiaGazette