Beginilah keadaan pesawat TUDM yang terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang petang tadi.

Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah pesawat Beechcraft B200T milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) mengalami kemalangan di Terminal Peluru, Pangkalan Tentera Udara Butterworth petang tadi.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam TUDM, mangsa yang terlibat dalam kejadian pukul 5.18 petang tadi merupakan anak kapal pesawat tersebut.

“Keluarga anak-anak kapal tersebut sudah dimaklumkan dan TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan petang tadi.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan kebakaran teruk kepada pesawat tersebut.–MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast