Sejak semalam, gelagat Datuk Seri Jamal Md Yunos mencuri tumpuan ramai di laman sosial.
Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu mencetuskan kekecohan apabila beliau pergi ke Pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya bertuala serta membawa beberapa peralatan.
Tindakan beliau itu bertujuan ingin menumpang mandi ekoran krisis ketiadaan air.
Namun ramai netizen mengutuk tindakan yang turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Menerusi laman Instagramnya, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang hanya bertuala sambil memegang gayung dengan kapsyen nasihat berbaur sarkastik.
“Jangan jadi macam jamal ye,” katanya.