Selepas mempertikaikan tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDS) merobohkan hotelnya selepas beroperasi lima tahun, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bertindak ‘menyerang’ premis perjudian haram di Sekinchan petang tadi.
Presiden Gabungan NGO Malaysia itu bersama kumpulannya memasuki premis perjudian dan mempertikaikan kenapa MDS tidak mengambil tindakan tegas terhadap pusat hiburan berkenaan.
“Hotel yang sudah beroperasi selama lima tahun ditutup tetapi pusat hiburan di sini dibiarkan sahaja. Banyak lagi pusat hiburan haram di Selangor ini dibiarkan berleluasa,” katanya.
Sebelum itu, Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar merasmikan Sekin Hotel & Resort miliknya yang sudah disita MDS semalam atas dakwaan beroperasi tanpa kebenaran.
Gimik perasmian dan serbuan ke premis perjudian itu seolah-olah satu lagi sindiran kepada kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Baru-baru ini, Jamal datang ke Pejabat SUK Selangor dengan memakai tuala untuk menumpang mandi di pejabat Mohamed Azmin sebagai protes krisis air yang melanda penduduk Lembah Klang.–MalaysiaGazette
Majlis Daerah sabak Bernam (MDSB) Perintah tutup Hotel milik Melayu kerana tidak ikut perintah Undang-undang kecil hotel.
Saya tidak kata ini salah tapi saya cabar MDSB dan Semua PBT di Selangor tutup rumah judi, rumah urut dan Pusat Hiburan yang tidak ikut undang-undang PBT.
Sudah lama saya nantikan tindakan berani PBT seperti ini dan kali ini saya minta Dato sri Jamal Yunos bersama bantu saya dan Bos Ariffin Abu Bakar perang dengan judi dan pusat hiburan di Selangor.–MalaysiaGazette