S. Subramaniam

SEGAMAT – Tindakan pihak berkepentingan di Myanmar, yang mempersoal keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri himpunan membantah keganasan ke atas masyarakat Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah bermotifkan politik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata majalah negara itu sengaja berbuat demikian setelah Najib mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan positif bagi membantu masyarakat Rohingya yang dizalimi.

“Malaysia sebagai anggota ASEAN wajar mengeluarkan pandangan sedemikian bagi mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan positif…kita telah berjaya memberi tekanan kepada mereka bagi menyelesaikan konflik tersebut.

“Sebelum ini, mereka (kerajaan Myanmar) tidak membenarkan negara luar membantu rakyat mereka namun, desakan yang dibuat telah membawa perubahan apabila mereka mula bertindak positif,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berhubung majalah di Myanmar yang mempersoal keikhlasan Najib membantah keganasan terhadap masyarakat Rohingya.

Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata ada kumpulan politik di Myanmar yang cuba merosakkan usaha itu dengan menjadikannya isu politik.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast