Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, dihukum mati selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa, yang melihat mereka sebagai individu yang menembak mangsa.

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lelaki pengikut ajaran sesat Tuhan Harun selepas disabitkan bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa, yang melihat mereka sebagai individu yang menembak mangsa.

Dalam keputusan itu, Ab Karim melepas dan membebaskan isteri ketiga Harun Mat Saat yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun itu, iaitu Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan pengikutnya Jefferi Safar, 39, daripada tuduhan berkonspirasi melakukan jenayah itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast