Home Politik Tiga hari untuk Wan Azizah jawab benarkah MRT sia-sia

Tiga hari untuk Wan Azizah jawab benarkah MRT sia-sia

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih untuk menjadi perdana menteri interim Pakatan Harapan sepatutnya sepatutnya mengarahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menangani masalah air di Selangor dan bukan memburuk-burukkan projek MRT.

Apa yang berlaku sekarang ini, Wan Azizah memilih Rafizi untuk melakukan provokasi rakyat membenci projek MRT yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan pencapaian penting bagi rakyat dan negara.

Sehubungan itu, Wan Azizah diberi masa tiga hari untuk menyatakan pendiriannya terhadap tindakan berterusan Rafizi yang memburukkan-burukkan projek Transit Aliran Massa (MRT) demi propaganda politik pembangkang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat cabaran itu berkata, jika Wan Azizah gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari, ini bermakna perdana menteri sementara yang akan dilantik pembangkang itu sekadar satu samaran tentang siapa sebenarnya yang memimpin pakatan pembangkang.

Baca: Cukup-cukuplah Rafizi

“Presiden PKR dan Ketua Pembangkang serta Perdana Menteri Interim yang dipilih oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu perlu mengambil tanggungjawab itu kerana Rafizi telah mengelirukan rakyat melalui maklumat dan angka palsu mengenai MRT.

“Adakah Wan Azizah bersetuju dengan dakwaan Rafizi yang MRT adalah projek yang tidak baik? Sejak berminggu-minggu Rafizi telah mengelirukan rakyat dengan maklumat dan angka yang dinafikan oleh MRT Corp dan menyifatkannya sebagai propaganda politik.

“Pembangkang mengutuk MRT yang memberi faedah kepada ratusan ribu pengguna setiap hari tetapi Kerajaan Selangor tidak mampu menguruskan kekurangan bekalan air di negeri itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sekurang-kurangnya projek MRT telah menunjukkan keupayaan Barisan Nasional memperbaiki kehidupan rakyat dan membangunkan negara.

Sedangkan masalah air di Selangor menunjukkan kegagalan Pakatan Harapan untuk mentadbirkan kerajaan negeri dan menjaga kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast