Fauzi Ayob

ARIF NIZAM ABDULLAH

KUALA LUMPUR – Datuk Fauzi Ayob dilantik Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baharu, berkuat kuasa pada 1 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada majlis penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) di Kompleks Finas, Hulu Klang pagi tadi.

Fauzi sebelum ini memegang jawatan Pemangku Ketua Pengarah merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas.

Beliau akan mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Pengarah, Datuk Kamil Othman yang menamatkan kontraknya pada November lalu.

Turut diumumkan, Azmir Saifudin Mutalib sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast