LONDON – Pengerusi Swansea City, Huw Jenkins dikatakan sedang giat melobi untuk Ryan Giggs sebagai pengurus baharu kelab itu.

The Star Daily melaporkan Jenkins berminat dengan legenda Manchester United untuk diberi peluang selepas dia terlepas pandang sebelum ini.

Giggs menjadi pilihan yang sangat popular untuk peminat yang kecewa dengan prestasi pasukan sebelum ini.

Difahamkan Jenkins mahu membawa masuk pemain berusia 43 tahun itu secepat mungkin.

Dia turut mahu memujuk pemilik baharu kelab, AS Jason Levien dan Steve Kaplan untuk mempertimbangkan Giggs untuk kali ini.

Namun Giggs akan diberi saingan jawatan tersebut dengan pengurus Reading, Jaap Stam juga antara calon yang sedang dipertimbangkan pemilik baru Swansea.- THESTARDAILY

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast