Wanita berumur 38 tahun hanya cedera ringan dan telah dikeluarkan dari pondok tol itu sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.
SHAH ALAM – Seorang jurutol wanita melalui detik cemas apabila badan sebuah lori tersangkut dan mengheret pondok tol beliau bertugas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul, berkata kejadian berlaku pada kira-kira 2 petang tadi di Plaza Tol Seafield, Subang Jaya dekat sini.

“Badan lori tiga tan yang membawa muatan besi buruk itu tersangkut dan mengheret pondok tol berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya jurutol berkenaan, wanita berumur 38 tahun hanya cedera ringan dan telah dikeluarkan dari pondok tol itu sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Katanya bomba menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira 2.08 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast