Thibaut Courtois

MADRID – Kelab gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid menyediakan tawaran kontrak mega dengan pendapatan lumayan untuk memujuk penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois ke Santiago Bernabeu

Penjaga gol antarabangsa Belgium itu dilaporkan bersedia untuk kembali ke Sepanyol walaupun selesa di Stamford Bridge.

Juara Sepanyol itu yang dibimbing Zinadine Zidane yakin mampu memujuk dan mengikat khidmat pemain itu untuk menyertai Real Madrid pada akhir musim ini.

Laporan menyatakan lembaga pengarah Chelsea sedang meneliti kontrak untuk ditawarkan kepada Courtois dengan kenaikan gaji untuk memastikan pemain itu menolak tawaran Real dan kekal di Stamford Bridge.

Walaupun pemain itu dianggap selesa bersama skuad the Blues, dia pasti akan memberi pertimbangan terhadap tawaran lumayan Real.

Real tidak mahu menandatangani pemain itu pada jendela perpindahan Januari ini, sebaliknya menunggu penjaga gol itu melengkapkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. – Agensi