KUALA LUMPUR – Seorang bapa dipenjara 80 tahun dan 110 sebatan selepas didapati bersalah atas 11 pertuduhan rogol dan satu kes melakukan seks oral terhadap anaknya yang berusia 16 tahun sejak Ogos tahun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Datin M Kunasundari membuat keputusan itu selepas tertuduh yang merupakan gelandangan berusia 38 tahun mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Bagi empat kes yang difailkan dengan masing-masing mengandungi tiga dan dua tuduhan rogol, hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan, sementara 12 tahun penjara bagi pertuduhan melakukan seks oral, dan memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan bermula tarikh dia ditangkap pads 19 Sept tahun ini.
— BERNAMA