Dalam kejadian pagi tadi, lebih 20 orang disahkan maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang apabila kapal pelancongan Zahro Express terbakar di perairan Muara Angke di sini.
Pengarah Polis Air Metro Jaya Hero Hendrianto Bachtiar dalam sidang medianya berkata, kapal itu membawa lebih 200 penumpang untuk melancong ke Pulau Tidung di Kepulauan Seribu.
Setakat ini pihak berkuasa mengesahkan menemui 23 penumpang yang maut akibat terbakar dalam bangkai kapal itu manakala mereka yang hilang dipercayai kerana terjun ke dalam air untuk menyelamatkan diri.
Kapal itu berlepas dari pelabuhan Kali Adem di Jakarta Utara pada pukul 8.50 pagi dan kemudiannya dilaporkan terbakar beberapa minit kemudian ketika berada di kawasan peraiaran Muara Angke, belum jauh dari pelabuhan itu.
— BERNAMA