Pep Guardiola, Pengurus man City mengakui dia memasuki judul baharu dalam karier bola di EP.- FOTO:Reuters

Pengurus Manchester United, Pep Guardiola mengakui dirinya telah melangkah ke episod baharu dalam karier bola sepaknya.

Pertembungan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk merebut empat tangga teratas untuk mara ke kempen Liga Juara-Juara Eropah tiada dalam skrip bolanya setelah mengambil alih kejurulatihannya di Etihad.

Jika ikutkan senario, Manchester City memiliki skuad antara terbaik dalam EPL dan kebal di setiap sudut.

Tetapi setelah membimbing musim pertama EPL dan mengharungi separuh jalan, wujud persoalan sama ada pengakhirannya adalah lebih baik atau sebaliknya.

Guardiola sudah menjelaskan akan mengambil masa agak panjang untuk menyesuaikan dirinya dengan budaya EPL.

Yaya Toure, bintang tengah Man City meluahkan kekecewaan pasukan tewas kepada Liverpool 1-0.

Pengurusn itu didakwa berbual dengan kawan rapatnya yan juga Pengarah Bola Sepak kelab itu, Txiki Begiristain tanpa bertemu pemain semasa separuh masa pertama tamat.

Kini Man City turun ke tangga kelima dibelakang Tottenham Hotspurs dan 10 mata beza dengan pendahulu liga, Chelsea.

Bagaimanapun Pep masih tidak mahu menekan butang panik memandangkan pasukannya akan bertemu Burnley malam ini.

“Ya benar, biasanya saya mengungguli liga, di Barcelona dan Bayern Munich. Tetapi tidak mengapa. Ini judul baharu dalam karier bola saya, dan saya sanggup menghadapinya.

“Kini saya perlu fokus untuk perlawanan seterusnya menetang Burnley. Ini bukan masanya untuk memberi tekanan kononnya jika kamu tak menang piala ia tidak akan menjadi musim baik anda,” katanya.

Pep berkata akan mencari sebab pasukan kalah kepada Man City dan apa yang telah berlaku sebenarnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast