Home Dunia 100 kediaman musnah dalam kebakaran di Chile

100 kediaman musnah dalam kebakaran di Chile

Kebakaran besar di Valparaiso, Chile menyebabkan 100 kediaman musnah.

SANTIAGO – Kebakaran besar berlaku di Valparaiso, di Chile memusnahkan sekurang-kurangnya 100 buah rumah memaksa kira-kira 400 orang penduduk terpaksa diselamatkan.

Menteri Dalam Negeri Chile, Mahmud Aleuy berkata, kebakaran itu mengakibatkan 19 orang cedera ringan, termasuk 16 mengalami masalah pernafasan.

Bekalan tenaga elektrik juga dipotong melibatkan 47,000 pelanggan, tetapi telah dipulihkan kepada 350, katanya.

Berpuluh-puluh pasukan bomba dari Valparaiso dihantar untuk memadam kebakaran.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Imej yang dipaparkan di laman sosial menunjukkan asap tebal melitupi ruang udara kawasan berkenaan sehingga Kepulauan Pasifik.

Kemarau di tengah Chile menyebabkan beberapa rekod kebakaran hutan di kawasan itu pada tahun lepas hingga membinasakan industri perhutanan dan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan berhampiran ibu negara, Santiago, kira-kira 60 batu (100 km) tenggara Valparaiso.

Valparaiso, sebuah bandar pelabuhan dan kedua terbesar di Chile.

Pihak berkuasa berkata, angin kuat dan suhu tinggi menyebabkan kebakaran mudah merebak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast