Home Dunia Banduan dipancung dalam pergaduhan dua geng

Banduan dipancung dalam pergaduhan dua geng

Pasukan polis dan tentera mengawal sebuah penjara di Brazil selepas rusuhan berlaku. Foto Agensi

MANAUS – Dua geng banduan yang bergaduh di penjara Brazil menyebabkan 56 orang mati manakala 144 lagi berjaya melarikan diri.

Kebanyakan mereka mati akibat dipancung.

Rusuhan meletus pada petang Ahad dan berlangsung sepanjang malam di penjara di pinggir Manaus, ibu negeri Amazonas, kata Setiausaha Keselamatan Awam Negeri, Sergio Fontes.

Maya-mayat yang berlumuran darah dan dibakar disusun dalam kawasan penjara, menurut seorang jurugambar AFP yang berada di kawasan kejadian.

Pertempuran itu merupakan antara yang paling berbahaya dalam beberapa kes rusuhan penjara di seluruh Amerika Latin dalam dekad yang lalu.

Fontes menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan beramai-ramai paling besar yang pernah dilakukan di sebuah penjara di negeri ini.

Di luar penjara pula, polis bersenjata memburu banduan-banduan yang melarikan diri melalui satu siri terowong ditemui di kompleks penjara Anisio Jobim.

Fontes menambah, seramai 112 tahanan melarikan diri dari penjara itu dan 72 lagi dari Institut Keseksaan Antonio Trindade. Hanya 40 daripada banduan yang lari berjata ditangkap semula.

Polis juga berjaya membebaskan 12 pengawal penjara yang dijadikan tebusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast