KUALA LUMPUR- Pelawak terkenal, Harith Iskander menerima imbuhan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai penghargaan kemenangan Funniest Person In The World 2016 di Finland.

Ganjaran itu disampaikan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak kepada Harith dalam satu majlis penghargaan yang diadakan malam kelmarin.

Salleh antara individu yang banyak membantunya sebelum bertanding di pentas akhir yang berlangsung di Helsinki, Finland pada 10 Disember lalu.

Persembahan final itu dihadiri seramai 250 penonton dengan kira-kira 40 daripadanya adalah rakyat Malaysia yang menetap di Finland.

Turut memeriahkan majlis penghargaan itu adalah Afdlin Shauki, Douglas Lim, Bocey, Eleena Haris, Elvira, Nabil Ahmad dan Lawa Nie Geng.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast