MYANMAR – Berpuluh-puluh ribu orang dari kumpulan etnik Rohingya telah melarikan diri daripada operasi ketenteraan di Rakhine, selepas serangan pondok polis pada bulan Oktober lalu.
Bangladesh berkata, kira-kira 50,000 Rohingya telah melintasi sempadan sejak dua bulan lalu.
Kebanyakan mereka ada pengalaman dirogol, melihat pembunuhan dan pembakaran penduduk itu di tangan tentera dan polis Myanmar.
Berpuluh-puluh rakaman menyiarkan rakaman kezaliman ke atas etnik Rohingya tetapi ini kali pertama kerajaan Myanmar berkata negara itu akan mengambil tindakan.
Kisah yang dibawa oleh pelarian telah meningkatkan amaran global dan menyampaikan protes terhadap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dituduh tidak membantu Rohingya.
Sebaliknya, Myanmar berkata, tentera memburu pengganas yang bertanggungjawab di sebalik serangan maut di pos-pos sempadan polis dan menafikan dakwaan kekejaman ke atas Rohingya.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa berjanji untuk mengambil tindakan terhadap polis yang didakwa memukul penduduk kampung semasa operasi pembersihan kawasan pada 5 November di kampung Kotankauk.
Pejabat Suu Kyi menamakan empat pegawai yang terlibat dalam operasi itu termasuk konstabel Zaw Myo Htike, yang kelihatan selamba ke merokok di hadapan kamera.
“Mereka yang telah dikenalpasti sudah ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam melakukan keganasan ke atas penduduk Rohingya.
Rakaman ini menunjukkan seorang polis memukul seorang anak muda di kepala kerana dia berjalan semasa berpuluh-puluh penduduk kampung duduk di atas tanah, tangan di belakang kepala mereka.
Tiga pegawai berpakaian seragam kemudian mula menyerang salah seorang lelaki yang duduk, memukulnya dengan kayu dan menendang berkali-kali di muka.
Seorang aktivis Rohingya berkata, rakaman itu telah disahkan oleh pelarian dari kem Shilkhali.
Penganalisis David Mathieson berkata, video itu telah menimbulkan persoalan terhadap penafian kerajaan yang melakukan kezaliman ke atas penduduk Rakhine sejak bulan Oktober.
Sejumlah 600 orang telah ditahan sejak operasi ketenteraan, menurut media tempatan, termasuk enam yang mati dalam tahanan polis dan keadaan sebahagian besarnya tidak dapat dijelaskan.
Matthew Smith, Ketua Eksekutif Fortify Rights berkata, video meningkatkan kesahihan bukti penderaan oleh pasukan keselamatan kepada penduduk Rohingya.
Myanmar telah lama melakukan diskriminasi terhadap Rohingya – antara kumpulan bangsa yang tertindas di dunia. – MalaysiaGazette