Miralem Pjanic disenaraikan sebagai pengganti jangka panjang Cazorla di Arsenal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menyenaraikan pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic sebagai pengganti Cazorla pada musim depan.

Santi Cazorla yang sering dilanda kecederaan memaksa Wenger mencari pemain ganti untuk jangka panjang.

Bintang antarabangsa Bosnia and Herzegovina itu dilaporkan sedang berunding dengan The Gunner mengenai kontrak perjanjian.

Tetapi Juventus difahamkan belum bersedia untuk melepaskan pemain prolifik itu selepas seorang lagi pemainnya Axel Witsel memilih untuk berhijrah ke China daripada ke kelab itu.

Walaupun perpindahan Januari sudah dibuka dan terlalu awal untuk memuktamadkan pemain baharu The Gunners, Miralem Pjanic untuk menguji Juventus dengan tawaran bernilai £28 juta.

Miralem akan menggantikan Cazorla sekiranya pemain sering dilanda kecederaan itu membuat keputusan untuk meninggalkan Emirates.

Miralem telah berpindah dari AS Roma musim lalu dengan nilai perpindahan £25 juta.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast