STOCKHOLM – Ratu Silvia dari Sweden berkata, istana diraja yang didudukinya kini berhantu.
Pendedahan itu dibuat dalam sebuah dokumentari yang disiarkan di televisyen Sweden.
“Terdapat kawan-kawan kecil…hantu. Mereka semua mesra tetapi kadang-kadang anda tidak berada keseorangan.
“Ia menyeronokkan tetapi anda tidak rasa takut,” kata Ratu Silvia dalam dokumentari itu.
Istana Drottningholm adalah antara lokasi yang tersenarai dalam Warisan Dunia, dibina pada tahun 1600an di Pulau Lovon, Stockholm.
Ia adalah kediaman tetap Raja Carl XVI dan Ratu Silvia, 73, anak perempuan kepada ahli perniagaan Jerman dan wanita Brazil.
Mereka berkahwin 40 tahun lalu dan menjadikan beliau ratu yang berkhidmat paling lama di Sweden.
Puteri Christina, adik raja, menyokong dakwaan tentang hantu di Istana Drottningholm.
“Terlalu banyak tenaga dalam rumah ini. Ia pasti pelik jika tidak muncul dalam bentuk samaran,” kata Christina dalam dokumentari itu. – MalaysiaGazette