Saifuddin Nasution

GEORGETOWN- Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik dilantik secara rasmi sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Majlis angkat sumpah diadakan dihadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pelantikan Saifuddin dianggap dapat mengukuhkan Pakatan Harapan di Pulau Mutiara dan mendapat pejabat khas satu aras dengan Guan Eng di Tingkat 28, Komtar Pulau Pinang.

Bagi sesetengah pemerhati politik, pelantikan Saifuddin juga bagi memastikan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan kubu kuat PKR di Permatang Pauh terjamin.

Bagaimanapun timbul persoalan kenapa PKR yang menguasai kerajaan Selangor tidak pernah mengiktiraf peranan Saifuddin sehingga kerajaan DAP menggunakan khidmatnya?

Saifuddin sebelum ini merupakan ahli Pas yang kemudiannya menyertai PKR.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast