Pemain golf profesional yang pernah dikenali dalam Kejohanan Golf Jelajah Eropah telah mati membunuh diri.
Laporan mengatakan Wayne Westner yang berkedudukan rangking ke-40 dunia didakwa membunuh diri di hadapan isteri dan ahli keluarganya di rumahnya di Pennington, Afrika Selatan.
Polis menerima panggilan mengenai keadaan mangsa kejadian selepas Westner, 55, memasuki rumah dengan pistol ditangannya ekoran pertelingkahan dengan isterinya.
Westner dilahirkan di Johannesburg pada tahun 1961 dan muncul sebagai pemain golf profesional pada tahun 1981.
Selepas 17 tahun berkecimpung bidang golf, dia mengalihkan perhatian terhadap perkara lain.
Polis sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Westner. – MalaysiaGazette