MANCHESTER – Penjaga gol ketiga Manchester United, Sam Johnstone sah dipinjamkan Aston Villa untuk baki musim ini.

Johnstone, 23, hanya tampil dalam skuad United bawah 23 tahun pada musim ini.

Reds Devils telah mengesahkan pinjaman itu di laman web rasminya.

Pengurus United, Jose Mourinho baru-baru ini mengakui Johnstone akan menjadi satu-satunya pemain yang akan meninggalkan Old Trafford secara pinjaman semasa jendela perpindahan pada Januari.

Bekas pemain antarabangsa England bawah 20 tahun itu berada di belakang David De Gea dan Sergio Romero dalam senarai pemilihan pemain Mourinho.

Dalam kenyataannya di laman web rasmi Villa, Johnstone berkata, dia berasa gembira kerana telah menyertai Aston Villa yang merupakan sebuah kelab besar.

“Aston Villa telah menunjukkan minat dan ia adalah satu peluang untuk saya melonjak. Ia adalah sesuatu yang anda tidak boleh tolak.

“Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan Steve Bruce dan telah mendengar perkara-perkara yang sangat baik tentang pengurus itu.

“Anda boleh lihat rekodnya dan dia memang bagus untuk kelab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast