Home Nasional Pelantikan Shahrir kembalikan kredibiliti Felda

Pelantikan Shahrir kembalikan kredibiliti Felda

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diharap dapat mengembalikan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada agensi itu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday percaya Shahrir dapat meneruskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk mensejahterakan warga Felda.

Mengulas lanjut, Md Jais yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor turut merakamkan tahniah kepada Shahrir atas pelantikan itu.

Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast