Anis Amri

BERLIN – Anis Amri, yang rempuh pasar Krismas di Berlin dengan sebuah trak hingga mengorbankan 12 nyawa mempunyai 14 identiti.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Jenayah Westphalia, Dieter Schuermann – lokasi tempat Amri tinggal.

Schuermann menegaskan, pihak keselamatan telah melakukan pengawasan dan pemantauan untuk mengelakkan berlaku sebarang serangan.

Sebelum ini, pihak keselamatan dikecam oleh pembangkang kerana mendakwa gerak-geri Amri tidak diawasi menyebabkan beliau bebas bergerak.

Pembangkang juga mendakwa, pihak berkuasa Jerman gagal mengawal Amri dan membuat keputusan silap dalam mengendalikan kes penjenayah itu.

“Serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang diketahui latar belakangnya oleh pihak berkuasa,” kata Menteri Dalam Negeri, Rapf Jaeger.

Amri, 24 tahun dari Tunisia telah mendaftar di Kleve, North Rhine Westphalia tetapi Jaeger berkata, dia berpindah ke Berlin pada Fabruari 2016.

Permintaannya suaka ditolak pada bulan 11 Jun selepas dia tiba dari Itali, selepas dipenjarakan selama empat tahun.

Tetapi Tunisia enggan menerimanya kerana dia tidak mempunyai dokumen yang sah dan beliau mengambil kesempatan daripada sistem keselamatan berpecah-belah Jerman untuk mengelakkan daripada dipantau.

Setiap satu daripada 16 negeri di Jerman mempunyai perkhidmatan polis dan keselamatan sendiri, di atas agensi-agensi persekutuan.

Amri menggunakan pelbagai identiti bagi membolehkan beliau menuntut jumlah besar dalam kebajikan, sekali gus menghalang percubaan untuk mengesan dirinya.

Seorang suspek yang disyaki membantu Amri juga telah menggunakan identiti palsu.

Amri melarikan diri ke Belanda pada 21 Disember, dipercayai dari Berlin ke North Rhine-Westphalia.

Beliau kemudian mengambil kereta api ke Amsterdam sebelum pergi ke Brussels, Lyon dan Milan, yang mana akhirnya ditembak mati. – MalaysiaGazette