KUALA LUMPUR- Nampaknya isu Ummi Hafilda Ali tidak berpuashati dengan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin masih belum reda.

Semalam, Ummi melalui media sosialnya menempelak Menteri Besar Selangor yang didakwa tidak mempedulikan ibu mereka, Mak Tom yang kini berada di wad kecemasan.

Kenyataan Ummi yang pernah kontroversi dengan kesnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim belasan tahun dahulu itu memberitahu, Mohamed Azmin lebih rela menyambut tahun baru di luar negara daripada menjaga ibu mereka.

Malah beliau juga menganggap abangnya itu bersifat plastik atau berpura-pura sehingga menimbulkan kontroversi di media sosial sehingga ada mendakwa Menteri Besar Selangor itu sebagai Tanggang Moden.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast