KUALA LUMPUR – Penyanyi Farah Asyikin, 37, kembali menjadi isteri buat kali ketiga apabila selamat bernikah dengan Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51.
Farah sah bergelar isteri kepada pengurus di sebuah syarikat minyak dan gas dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan Ustaz Burhanuddin dari Masjid Umar Al Khattab, Bukit Damansara pada upacara yang dihadiri lebih 500 tetamu.
Pada upacara itu, Farah menerima mas kahwin RM80 selain menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Ia adalah perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya.
Farah sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata menerusi perkahwinan keduanya, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak.
Farah mengenali suamiya sejak setahun lalu dan dilamar pada pada Mac lalu.
Suami Farah sempat mengenali arwah bapanya yang meninggal dunia pada bulan yang sama dan hubungan mereka direstui keluarga.
Farah yang menggayakan rekaan Eja Shahril mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf). – MalaysiaGazette