Tayea Salem Yaslam Al-Sayari (kiri) dan Talal Bin Samran Al-Saedi (kanan). Foto SaudiGazette

RIYADH – Salah seorang daripada dua pengganas yang paling dikehendaki Arab Saudi yang dikenal pasti sebagai Tayea Salem Yaslam Al-Sayari telah ditembak mati di Riyadh.

Beliau adalah individu yang dikehendaki kerana merancang serangan ke atas Masjid an-Nabawi pada tahun lepas.

Al-Sayari didakwa telah mereka tali pinggang letupan dan peranti lain yang digunakan dalam serangan di Masjid An-Nabawi di Madinah dan tempat parkir kereta di Hospital Dr. Soliman Fakeeh di Jeddah pada 4 Julai tahun lalu.

Dia juga didakwa perancang dalam serangan ke atas sebuah masjid yang digunakan oleh pasukan khas Saudi di bandar selatan Arab, Abha pada 9 Ogos 2015.

Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi menyifatkan dua pengganas, terutamanya Al-Sayari, sebagai ‘berbahaya’.

Mereka menambah, Al-Sayari telah dianggap sebagai seorang pakar dalam Daesh, organisasi pengganas dalam pembuatan jaket kalis letupan, bahan letupan dan menyediakan pengebom berani mati untuk menjalankan perbuatan jenayah mereka dalam mensasarkan jemaah dan orang lain yang tidak bersalah.

Pengganas kedua telah dikenal pasti sebagai Talal Bin Samran Al-Saedi.

Kedua-dua Al-Sayari dan Saedi adalah warga Saudi.

Pasukan keselamatan Arab membunuh dua pelampau dalam operasi keselamatan di daerah Yasmeen, utara Riyadh selepas lokasi itu dikepung sejak Subuh pada hari Sabtu.

Apabila pasukan keselamatan meminta pengganas itu menyerah diri, mereka mula melepaskan tembakan dalam usaha untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

Ini memaksa anggota keselamatan untuk membunuh kedua-dua kerana mereka memakai jaket bahan letupan yang sedia untuk diletupkan, kata Mejer Jeneral Mansour Al-Turki, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Tiada penduduk atau orang awam yang tercedera dalam kejadian itu

Seorang anggota keselamatan cedera dan dibawa ke hospital. Keadaannya stabil.

Dua pengganas itu dipercayai yang menggunakan sebuah rumah di Riyadh untuk memasang bahan letupan pada tali pinggang.

Beberapa senjata api, satu tangan bom tangan dan tali pinggang letupan buatan sendiri dirampas dari rumah selepas operasi selesai sepenuhnya.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, Tayea Al-Sayari adalah seorang pelajar yang mendapat biasiswa di New Zealand dan mengambil jurusan dalam bidang kejuruteraan.

Beliau telah pergi ke Syria untuk menyertai Daesh. Selepas itu, beliau ke Turki dan kemudian ke Sudan, sebelum ke Yaman dan kembali ke Arab Saudi untuk merancang dan terlibat mereka bentuk bahan letupan yang digunakan dalam dua serangan ganas tahun lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast