Switzerland menjadi pilihan ekpatriat sejak dua tahun berturut-turut.

Anda bercadang untuk berhijrah ke tempat baru pada tahun ini? Mungkin tinjauan 10 tempat terbaik bagi pekerjaan ekspatriat oleh HSBC Expat Explorer bersama firma penyelidikan YouGov ini dapat membantu.

Dalam tinjauan itu, Switzerland menduduki tempat pertama bagi dua tahun berturut-turut sebagai lokasi tempat kerja terbaik dengan gaji yang mahal dan budaya kerja yang cemerlang.

Jerman pula menduduki tempat kedua kerana mudah menceburi perniagaan kemahiran baru dan mudah mendapat pekerjaan.

Tinjauan itu dijalankan terhadap lebih daripada 26,000 orang ekspatriat di 100 buah negara bagi mengenal pasti tempat terbaik untuk tinggal dan bekerja berdasarkan pendapatan, jaminan keselamatan, keseimbangan kerja dan kehidupan.

Sebanyak 10 negara yang menjadi lokasi pekerjaan terbaik di luar negara berdasarkan tinjauan itu ialah:

10. Bahrain

Sebanyak 65 peratus ekspatriat mendapat elaun tahunan bagi perjalanan rumah menurut tinjauan itu.

9. United Kingdom

60 peratus daripada ekspatriat di United Kingdom memberitahu negara itu mudah mengambil pekerja dengan kemahiran baru berbanding negara asal mereka.

8. Hong Kong

Sebanyak 68 peratus tinjauan responden berkata, Hong Kong adalah tempat yang baik bagi progres kerjaya ekspatriat dalam karier berbanding purata global 43 peratus.

7. Austria

70 peratus ekspatriat berkata, keseimbangan antara kerja dan kehidupan di Austria adalah lebih baik.

6. Singapura

Lebih separuh daripada ekspatriat di Singapura bersetuju mereka memenuhi kepuasan berkerjaya di negara ini sejak berpindah.

5. Norway

87 peratus ekspatriat setuju keseimbangan kerja dan kehidupan bertambah baik selepas berpindah ke Norway.

4. Emiriah Arab Bersatu

75 peratus ekspatriat mendapat faedah kesihatan.

3. Sweden

Sebanyak 71 peratus ekspatriat di Sweden mendapati budaya kerja di negara ini baik berbanding negara asal mereka.

2. Jerman

Ekspatriat mudah memperoleh kemahiran perniagaan, menikmati jaminan pekerjaan dan progres pekerjaan.

1. Switzerland

Tinjauan pendapatan tahunan ekspatriat di Switzerland adalah AS$188,275, hampir dua kali ganda gaji ekspatriat global iaitu AS$97,419 – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast