MEXICO CITY – Ribuan warga Mexico yang marah selepas kenaikan harga gasolin mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di jalan-jalan raya sebagai membantah tindakan kerajaan.
Kerajaan Mexico menaikkan harga minyak itu antara 14 hingga 20 peratus awal bulan ini mendapat tentangan hebat dalam kalangan rakyatnya yang ketika ini menghadapi kenaikan inflasi.
Sepanduk-sepanduk di jalanan tertera ‘Katakan tidak kepada kenaikan gas, singkirkan Pena’.
Mereka berarak ke dari Mexico City ke kediaman Presiden Enrique Pena Nieto.
Kenaikan harga gas itu adalah liberalisasi harga yang diperkenalkan dalam pentadbiran Nieto pada tahun ini.
Walaupun tidak ada laporan keganasan di Mexico City tetapi kira-kira 1,500 penunjuk perasaan telah ditahan. – MalaysiaGazette