Home Nasional MBAM mahu pekerja asing bayar levi sendiri

MBAM mahu pekerja asing bayar levi sendiri

Malaysia harus mengurangkan kebergantungan pekerjaan 3D kepada warga asing.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) meminta kerajaan memindahkan bayaran levi kepada pekerja asing dan ditanggung oleh majikan.

Naib Presiden MBAM, Sufri Mohd Zin berkata, dasar levi tersebut menyebabkan kontraktor-kontraktor menanggung kos lebih daripada RM2 bilion setahun.

Menurut beliau, beban itu tidak adil kepada majikan, selain ia memberi peluang kepada pekerja asing membawa wang balik ke negara mereka.

“Lebih baik wang digunakan untuk membayar levi pekerja asing ini digunakan untuk menambah baik industri pembinaan negara,” katanya di sini.

Sementara itu, Presiden MBAM, Foo Chek Lee pula berkata, pembayaran levi oleh pekerja sendiri dapat mengekang tindakan mereka melarikan diri.

“Isu melarikan diri ini juga menyusahkan, oleh sebab itu adalah lebih baik jika pekerja asing membayar levi mereka sendiri.

“Kalau sudah bayar (levi), baru mereka boleh melarikan diri,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast