Home Dunia Menteri Australia digantung tugas kerana skandal perbelanjaan

Menteri Australia digantung tugas kerana skandal perbelanjaan

SYDNEY – Menteri Kesihatan Australia digantung perkhidmatannya selepas dipercayai menggunakan dana pembayar cukai bagi kos perjalanannya untuk membeli sebuah apartmen bernilai A$795,000 (AS$585,200) di Gold Coast.

Sussan Ley berkata, beliau telah membuat ‘keputusan salah’ dalam bil pembayar cukai bagi tiga lawatan ke Gold Coast sejak tahun 2014.

Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata, Ley bersetuju untuk digantung tanpa gaji sementara menunggu siasatan.

Perjalanan Ley ke Gold Coast akan disiasat oleh Jabatan Kewangan serta Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet.

Bercakap kepada pemberita, Ley berkata, beliau tidak mungkin melepaskan jawatan secara tetap.

“Saya yakin siasatan itu akan membuktikan tidak ada perlanggaran undang-undang. Tidak ada apa yang perlu saya sembunyikan, saya tidak melanggar mana-mana undang-undang,” katanya.

Ley berkata, keputusan untuk membeli hartanah pelaburan itu dibuat semasa lawatan menteri pada Mei 2015 itu adalah “tidak dirancang dan tidak dijangka”.

Timbalan Perdana Menteri, Barnaby Joyce mempertahankan Ley, berkata, dia juga mempunyai “urusan yang sah” pada lawatan itu.

“Walaupun saya akui ia adalah pembelian yang besar, ia bukan alasan dia ke e Gold Coast,” katanya kepada Australian Broadcasting Corp.

“Dia pergi ke Gold Coast untuk bekerja… orang katakan dia mereka-reka alasan untuk melakukan pengumuman dasar di Gold Coast. Saya berfikir dia agak kaya,”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast