Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dari Malaysia melambai tangan selepas merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 dan mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima anugerah ini di Zurich Switzerland.