Nicol David
Nicol David
KUALA LUMPUR – Kemarau gelaran terus menghantui ratu skuasy negara Datuk Nicol David dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Beliau tewas pada peringkat suku akhir Kejohanan Juara-Juara (TOC) yang berlangsung di New York, pada Selasa.

Pemain berusia 33 tahun dari Pulau Pinang itu, yang juga merupakan pemain pilihan keenam, tewas kepada pilihan utama dan juga pemain nombor satu baharu dunia, Nour El Sherbini dari Mesir setelah berhempas pulas dalam lima set perlawanan.

El Sherbini menang set pertama; 11-5 sebelum Nicol menyamakan kedudukan dengan memenangi set kedua 11-6.

Bagaimanapun pemain sensasi Mesir itu mula menguasai set ketiga, 11-6 sebelum Nicol kembali bersemangat dan menyamakan kedudukan sekali lagi pada set keempat dengan 15-13.

Perlawanan pada set penentuan sangat sengit antara kedua-dua pemain bagaimanapun El Sherbini berjaya menamatkan perlawanan dengan 11-8 serta melayakkan dirinya mara ke separuh akhir.

Perlawanan itu berlangsung selama 64 minit.

— BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast