MADRID – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone tidak terperanjat apabila penyerangnya, Antoine Griezmann menjadi buruan Manchester United.

Bintang Perancis itu menjaringkan 12 gol dalam 25 penampilan bersama Atletico musim ini dengan United dilaporkan menyediakan tawaran lumayan dengan nilai sebanyak €100 juta untuk mendapatkan khidmatnya di hujung kempen musim ini.

Simeone menganggap senario itu sebagai normal apabila sebuah kelab besar seperti itu berminat untuk mendapatkan penyerang handalannya itu, biarpun berdepan situasi kemarau jaringan di La Liga dalam tempoh tiga bulan baru-baru ini.

“Saya tidak mahu menghalang sesiapa. Saya hanya mahu meneruskan tanggungjawab dengan baik demi kebaikan kelab ini,” kata pengendali dari Argentina itu menjelang perlawanan suku akhir pertama Copa del Rey menentang Eibar di Vicente Calderon.

“Dia sedang mengharungi detik menakjubkan, beraksi baik dan kembali menemui sentuhan jaringan dan corak permainannya juga bagus.

“Adalah normal apabila kelab gergasi mahukannya. Saya tidak terkejut jika kelab-kelab tersebut mampu mendapatkannya.”

Seorang lagi pemain Athletico, Jan Oblak turut menarik minat jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Penjaga gol kelahiran Slovenia itu sedang menjalani rawatan akibat kecederaan tulang selangka.

“Kami harap dia akan kembali dan meneruskan aksi cemerlangnya.

“Dia bekerja keras dan konsisten untuk kelab dan pasukan sejak tiba di sini.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast