Fattah Amin ketika menyanyikan lagu Wanita Terakhir dalam program Meletop Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Lagu Wanita Terakhir yang dinyanyikan pelakon Fattah Amin secara langsung dalam program Meletop Selasa malam lalu kini trending di YouTube Malaysia.

Ketika lagu tersebut disampaikan, pengacara Meletop iaitu pelakon Neelofa turut bersama-sama mendengar Wanita Terakhir didendangkan.

Ketika artikel ini ditulis jumlah view untuk Wanita Terakhir adalah sebanyak 292,661 selepas dua hari dimuat naik.

Fattah turut membacakan sebuah nukilan berbahasa Inggeris sebelum menyampaikan lagu tersebut yang antara lain mengkagumi seorang insan yang disifatkan membawa makna besar dalam hidupnya.

Pelakon itu sebelum ini berkali-kali menyatakan lagu yang dicipta oleh Aizat Hamdan itu ditujukan khas untuk seseorang yang dinamakan ‘Si Dia’.

Peminat Fattah yang mencipta hastag #Lofattah gandingan nama Fattah dan Neelofa, umumnya mengetahui bahawa ‘Si Dia’ yang dimaksudkan itu adalah Neelofa dan nukilan romantik itu juga ditujukan untuk aktres tersebut.

Fattah dan Neelofa sebelum ini digandingkan dalam drama bersiri Surihati Mr. Pilot yang juga pernah menjadi trending di YouTube.

Lakonan mantap dan romantik kedua-dua pelakon itu mencipta fenomena Lofattah sehingga ada kalangan peminat yang menyimpan impian untuk melihat mereka berkahwin.

Lagu Wanita Terakhir pernah menduduk tempat pertama carta iTune Malaysia, Singapura dan Brunei selepas dilancarkan secara maya oleh Fattah pada 1 Januari lalu ketika bercuti di Amsterdam.

Dan selepas Fattah menyampaikan secara langsung di Meletop, lagu tersebut kembali menduduki carta pertama. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast