Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 47, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak pada awal pagi ini berkata, keputusan itu dibuat selepas akur dengan nasihat daripada doktor yang mengarahkannya berehat.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia merupakan satu keputusan yang amat sukar dilakukan.
“Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya,” ujar Anuar yang dijadual mendendangkan 14 lagu popularnya.
Pihak kami difahamkan Anuar telah kehilangan suaranya semalam dan dinasihatkan agar tidak meneruskan konsert seperti yang direncanakan.
“Biarpun ia amat mendukacitakan pihak kami dan peminat, namun kami perlu mengutamakan kesihatan beliau. Semoga beliau cepat sembuh. Beliau sememangnya seorang yang Hear Forever dalam hati kami semua,” ujar Adam.
Menurut kenyataan itu, segala informasi terkini terutama mengenai tiket akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Tiket menyaksikan persembahan itu dijual pada harga antara RM388 hingga RM888.- MalaysiaGazette