YANGON – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar, Yanghee Lee berkata, Myanmar telah melakukan penafian bagi dakwaan kekejaman terhadap Rohingya di Rakhine.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan 12 hari ke Myanmar.
Ini merupakan lawatan kelima Lee ke negara itu dan pertama kali sejak serangan sempadan 9 Oktober lalu di Maungdaw, Rakhine.
Serangan telah menyebabkan kawasan tersebut ditutup daripada lawatan luar dan mengakibatkan lebih 60,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Lee mengesahkan lebih daripada 450 orang yang berkaitan dengan serangan 9 Oktober lalu telah ditahan di Rakhine.
Katanya, kebanyakan tahanan tidak tahu mengapa mereka berada di sana dan pertuduhan yang bakal mereka hadapi.
Malahm tahanan juga tidak mempunyai perwakilan undang-undang dan tiada komunikasi dengan keluarga mereka.
“Semua ini adalah pelanggaran jelas hak asasi manusia,” tegas Lee.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa beberapa tuduhan kekejaman terhadap Rohingya disensasikan, tetapi tindak balas kerajaan setakat ini tidak membantu.
“Saya diberitahu oleh pegawai-pegawai kerajaan bahawa penduduk kampung telah membakar rumah mereka sendiri, ia sebahagian daripada kempen propaganda penduduk Rohingya ‘untuk meletakkan tahap keselamatan dalam keadaan buruk.
“Sekali lagi, saya mendapati ia agak luar biasa ada orang-orang terdesak sehingga sanggup membakar rumah-rumah mereka sendiri, mereka mungkin telah hidup selama bergenerasi tanpa rumah?
“Menjadi pelarian selama lima tahun atau lebih seperti di Sittwe hanya untuk memberi kerajaan nama yang tidak baik? … Bagi kerajaan untuk terus menjadi defensif apabila dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang serius berterusan telah dilaporkan, iaitu apabila kerajaan nampaknya kurang dan semakin tidak boleh dipercayai.
“Maklum balas kerajaan untuk semua masalah ini seolah-olah sekadar mempertahankan, menolak dan menafikan. Dan jawapan ini bukan sahaja tidak produktif,” kata Lee.
Lee berkata, hasil pemerhatiannya mendapati suasana ketakutan dalam kalangan Rohingya untuk bercakap masih amat nyata.
Bantuan kemanusiaan di banyak kawasan konflik seperti di Rakhine, Kachin dan Shan semakin buruk.
Ditanya sama ada ini wujud potensi dalam pembaharuan dan pendemokrasian Myanmar, Lee berkata: “Terdapat satu komitmen dalam kerajaan baru ini, itu yang pasti. Walau bagaimanapun, terdapat tiga kaki yang memegang komitmen itu. Tentera dilantik hal ehwal pertahanan, sempadan dan hubungan dalam negeri. Mereka adalah orang yang sama di sana. Mereka adalah orang-orang yang masih menggunakan taktik yang sama.
“Jika anda melihat peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku di seluruh Myanmar, bukan sahaja di negeri Rakhine, saya fikir anda perlu bimbang, semua orang perlu bimbang. Sisi awam daripada kerajaan cuba untuk menolak tetapi tiga kaki masih ada berjuang”.
Lee akan membentangkan penemuannya dan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Mac. – MalaysiaGazette