INDIA – Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan ramai lagi cedera selepas kereta api tergelincir di Andhra Pradesh, India.
Tujuh gerabak dan enjin terbalik sebelah kiri trek berhampiran stesen Kuneru di daerah Vizianagaram, kata ketua keretapi Railway Pantai Timur, JP Mishra.
Jumlah angka kematian dijangka meningkat kerana ramai penumpang dipercayai terperangkap.
Setakat ini punca keretapi tergelincir masih belum dipastikan.
Nahas berlaku petang Sabtu ketika keretapi dalam perjalanan dari Jagdalpur ke Bhubaneswar, ibu negara Odisha.
Kemalangan keretapi itu bukan luar biasa di India kerana peralatan landasan sudah ketinggalan zaman.
Pada November lalu, lebih daripada 140 orang terbunuh dalam kemalangan keretapi di negara Uttar Pradesh. – MalaysiaGazette