Peserta yang berumur antara 19 hingga 23 tahun sedang melakukan aktiviti dalam sebuah kem motivasi anjuran sebuah syarikat swasta.

ALOR GAJAH – “Saya ingat mereka ni ‘berpenyakitlah’, kita marah pelancong luar negara berbogel macam di Kinabalu tapi hari ini orang Malaysia kita sendiri buat.

“Ini gila punya kerja, kolot macam orang zaman batu.”

Itu reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya tentang modul berbogel secara terbuka dalam aktiviti motivasi di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang Sabtu lalu.

Sehubungan dengan itu, Nazri menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur program tersebut sambil menyifatkan modul yang dinamakan ‘All Out’ itu sebagai kolot dan tidak mencerminkan pemikiran bangsa Malaysia zaman sekarang.

Katanya,  perkara itu  perlu dipandang serius memandangkan sebelum ini rakyat mengutuk tindakan pelancong luar negara yang pernah melakukan aktiviti seumpama itu di Sabah pada 2015.

Katanya juga, tidak salah rakyat negara ini untuk mengikut budaya dan cara barat namun biarlah munasabah.

“Saya ingat dia orang ni ‘sakit’ , penyakit orang kata tak untung diadakan modul itu.

“Saya rasa kepala tak betul, dan saya kira orang anjurkan tu akan diambil tindakan, kerana ini bukan budaya kita, ini gila punya kerja,” katanya. — MalaysiaGazette