Bot dipercayai membawa 40 pendatang dari Indonesia terbalik, sehingga kini sembilan mayat ditemui.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemui terdampar di pantai berhampiran Tanjung Leman, Mersing setelah sebuah bot pancung yang dipercayai membawa kira-kira 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terbalik, pagi tadi.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, sembilan mayat terbabit ialah tiga lelaki dan enam wanita.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast