Teori Zavascki

RIO de JANEIRO – Pesawat kecil yang terhempas membawa Hakim Mahkamah Agung bagi menjalani siasatan rasuah politik tidak mengalami kegagalan mekanikal.

Nahas itu mengorbankan semua lima penumpangya.

Para penyiasat berkata, analisis awal itu diperoleh selepas mereka mendengar rakaman suara kokpit 30 minit sebelum ia terhempas.

Siasatan ke atas nahas itu diambil alih oleh tentera udara Brazil.

Kematian Teori Zavascki, 68,  itu telah mencetuskan syak wasangka meluas di Brazil kerana beliau dijangka meluluskan keterangan baru tentang barangan berharga berhubung skandal rasuah dalam beberapa minggu.

Keterangan baru itu dikumpulkan daripada 77 eksekutif kejuruteraan konglomerat Odebrecht, di tengah-tengah siasatan berhubung rasuah kontrak dalam syarikat minyak negara yang dikendalikan Petrobras dan perniagaan yang dikawal kerajaan lain.

Bukti baru dipercayai bakal mengaitkan lebih 200 ahli-ahli politik dan sekutu kuat.

Ia akan memperluaskan siasatan  besar-besaran yang menyaksikan 81 pertuduhan rasuah, rasuah bernilai AS$2 bilion dan telah mengheret bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva lima perbicaraan yang dikaitkan dengan kes itu.

Di bawah undang-undang Brazil, siasatan terhadap penggubal undang-undang persekutuan dan beberapa anggota cabang eksekutif mesti diluluskan oleh Mahkamah Agung dan hanya mahkamah atas yang boleh membicarakan kes-kes mereka.

Presiden Brazil berkata, beliau tidak akan menggantikan hakim baru bagi menggantikan Zavascki sehingga mahkamah memutuskan ia akan memulakan siasatan “Car Wash” yang telah tertangguh dan terjejas akibat kematian hakim.

Ketua hakim tidak akan memutuskan siapa yang ambil alih kes itu sehingga awal bulan depan.

Pesawat yang dinaiki Zavascki terhempas di lautan kira-kira 3 kilometer daripada landasan di bandar pelancongan, Paraty di Rio de Janeiro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast