Home Nasional Banjir Kelantan semakin pulih

Banjir Kelantan semakin pulih

KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih pagi ini apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 410 orang setakat 8 pagi berbanding 1,163 orang malam tadi.

Sebanyak 15 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa di Jajahan Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi inforbanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 171 mangsa daripada 39 keluarga di tujuh pusat pemindahan di Kuala Krai, diikuti 96 orang (25 keluarga) di tiga pusat pemindahan di Jeli.

Di Gua Musang, terdapat 76 orang (20 keluarga) di dua pusat pemindahan, 42 orang (10 keluarga) di dua pusat pemindahan di Tanah Merah dan 25 mangsa (5 keluarga) di sebuah pemindahan di Pasir Puteh.

Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini meningkat sedikit kepada paras 25.66 meter (m) berbanding 25.55m malam tadi, masih melepasi paras bahaya 25m.

Namun paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada 9.49 m berbanding 9.52 m malam tadi (paras bahaya 9.00 m). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast