BUKIT MERTAJAM – Sekumpulan lapan orang penjenayah melarikan satu peti keselamatan seberat 300 kilogram (kg) dengan hanya menggunakan motosikal.
Dalam kejadian pada Ahad itu, lapan orang penjenayah telah merompak sebuah hotel di Juru.
Seorang pekerja dan pengawal yang bertugas di hotel tIdak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian berlaku.
Proses merompak hanya mengambil masa lima minit dan lima orang penjenayah telah terlibat dalam memunggah peti keselamatan yang berat itu.
Peti keselamatan diangkut menggunakan motosikal yang turut dinaiki seorang penunggang dan seorang pembonceng.
Menurut pemilik hotel, peti keselamatan itu mengandungi pendapatan hotel selama empat hari dan minuman keras yang semuanya bernilai kira-kira RM12,000.
Walaupun hotel dipenuhi penghuni pada masa kejadian, tetapi kes rompak berlaku tanpa disedari mereka. – MalaysiaGazette