Huang Huikang

PETALING JAYA – Duta Besar China, Huang Huikang menafikan penerimaan kunjungan Ahli-ahli Parlimen PKR baru-baru ini mempunyai kaitan dengan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura.

Huikang pada masa yang sama berasa pelik apabila kunjungan PKR ke Kedutaan China telah dijadikan isu.

Katanya kepada Sinchew Daily, kunjungan PKR itu dijalankan sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan tidak menyentuh sebarang isu politik atau projek.

Menurutnya, kedua-dua pihak juga mengadakan pertemuan itu atas persefahaman mengenai kepentingan untuk memelihara hubungan Malaysia dengan China.

Huikang telah menemui beberapa wakil rakyat PKR pada 18 Februari lalu, antaranya termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Hian dan Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye.

Berikutan daripada pertemuan itu, sesetengah pihak melaporkan bahawa Duta Besar China buat julung kalinya menemui wakil rakyat pembangkang.

Ada juga pihak yang mengaitkan pertemuan itu dengan usaha China untuk membida pojek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpu dengan Singapura.

Mengulas lanjut, Huikang berkata, wakil rakyat yang bertemu dengannya juga bersetuju bahawa hubungan Kuala Lumpur dengan Beijing tidak harus dipolitikkan.

“Ahli Parlimen PKR berharap hubungan dua negara dapat diperdalamkan dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast