KUALA LUMPUR – Nampaknya pertemuan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diadakan hari ini di lokasi yang dirahsiakan.
Namun menurut sumber, ia dihadiri oleh Timbalan PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka ‘berdiam diri’ daripada mengulas ketika dihubungi media.
Sebelum itu, dijangka pertemuan hari ini antara Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mungkin mereka (Pas atau PPBM) akan mengeluarkan kenyataan hari ini namun menurut sumber, sebarang keputusan bukan mudah.
Selagi belum ada endorsement dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya ia belum disahihkan.
Kalau pun ada kerjasama, PPBM mesti merujuk terlebih dahulu dengan pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mahathir pula sebelum itu sudah kritik macam-macam terhadap Pas termasuk orang yang kecewa dan bersahabat dengan BN.
Pertemuan terakhir itu PPBM mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan Pas yang mewakili pembangkang blok ketiga itu bagi ‘menyelesaikan’ masalah pembangkang yang mahu satu lawan satu menentang BN pada PRU-14.
Walaupun rakan-rakan PH sudah menolak kerjasama dengan Pas termasuk Parti Amanah Negara, PKR dan DAP kini hanya tinggal PPBM sebagai talian hayat.
Beberapa kali pertemuan sudah dilakukan termasuk antara Muhyiddin dan pemimpin kanan Pas tetapi nampaknya belum ada ada titik kesepakatan antara mereka.
Kenyataan demi kenyataan antara pemimpin Pas dan parti dalam PH sebelum ini seperti tidak nampak jalan mereka kembali bersatu selepas ‘bercerai’ semasa Pakatan Rakyat dahulu.
Apa pun, boleh jadi mereka capai kesepakatan tetapi mungkin juga semakin bercelaru atau mereka ada strategi bersama yang diluar ramalan.-MalaysiaGazette